Tersebut satu kisah ketika zaman 'High School Musical'
Ada seorang ihsan yang comel jika dibanding dengan predator telah TER 'Overslept' ketika waktu PREP.
Selalunya ihsan tersebut jarang dikantoikan kerana bagi dia tidak macho kalau kantoi. Itulah falsampah yang dipegang selama ini.
Tetapi pada suatu petang, sedang enak dia dinyanyikan dengan 'lullaby' bersama-sama dengan 'partner crime', tiba-tiba pintu biliknya diketuk bertalu-talu macam egen JAIS membuat edisi siasat.
Demi keselamatan dan menjaga nama baik mereka berdua, ihsan tersebut sudah membuat persediaan dengan mengunci bilik itu dan kuncinya disimpan. Tetapi apa yang membengapnya ialah mana mungkin warden itu tidak ada 'master key'
Maka bermula episod kantoi dikantoikan dan aktiviti soal dan jawab berlangsung dalam keadaan meriah.
Biar betik.
Dalam banyak-banyak dialog terdapat satu dialog yang sangat menarik perhatian.
Dialognya mungkin berbunyi begini:
Warden: tu lah 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah'
Ihsan yang comel jika dibanding dengan predator berasa sangat hairan.
Bila masa pula aku jadi tupai, akukan manusia, seorang rakyat biasa. biar betik warden ni. mungkin bagi beliau aku ini seekor tupai(what the tut)
Ihsan tersebut pun menjawab dengan muka 'confident'nya
Ihsan: lepas tu boleh lompat balik warden.
Kesimpulan dari dialog ini, ihsan tersebut di'offer'dengan penampar jawa tetapi kerana tidak mahu maka terpaksa mereka berdua menulis surat akuan janji.
No comments:
Post a Comment