Thursday, December 4, 2008

Hubungan aku dengan air sejuk 1

Aku sudah lama mengenali air sejuk sejak dalam perut Cik Yipah lagi. Dengar kata beliau suka minum air sejuk semasa 'carry' aku dalam perut beliau tetapi kenapa aku anti sangat dengan air sejuk sekarang ini?

Entah..

Mungkin salah En. Chenol(Bukan nama sebenar dan tiada isu skandal antara Cik Yipah dengan ayah Cipet) sebab sudah membuat aku terbiasa mandi dengan air panas. Balik sahaja rumah En. Chenol mesti tangan aku gatal hendak 'switch on' plug air panas. Macam sudah ketagih pula. Orang lain ketagih pil kuda aku ketagih mandi air panas

Biar betik

Bukan kemahuan aku untuk membuka pekung tentang hubungan dingin aku dengan air sejuk. Faham-faham sahaja lah keadaan Shah Alam sejak akhir ini. Terasa macam aku duduk di kutub utara dan hasilnya aku berhibernasi selama 24 jam menyamai rekod pembukaan restoran mamak.

Kalaulah sekarang ini waktu aku mahu pergi kelas, mungkin aku terpaksa membuat keputusan untuk menelefon mana-mana pihak terlibat untuk tandatangan(selepas bangun baru menyesal tidak pergi).

Capai towel sambil bertawakal sebelum menuju ke medan bilik air.

Gush..gush(aku kurang kepastian bunyi simbah air bagaimana-biar betik)

Hasilnya: aku mengigil tahap 9.8 skala ritcher!dan menyambung balik misi tidur.

Perlukan aku untuk menhadapi saat genting ini setiap ari?

Mungkin kerana aku perlu mandi.


No comments: