Biar betik
Dan apabila segugus moden 'Homo sapiens" memiliki blog, aku mula merasa kepingan untuk memeriahkan keadaan. Dengan pantas jari jemari menekan 'keyboard' dan mula mengarang sampai satu tahap aku sudah kehabisan idea.
Cis, padahal baru berapa patah perkataan aku menaip.
Entah aku tidak tahu kenapa aku berubah hati, perasaan, pakreas dan sewaktu dengannya. Padahal aku sangat membenci kerja-kerja mengarang.
Ini adalah sesuatu di luar lingkungan kebiasaan aku.
Ada satu perasaan mengatakan aku sudah kurang siuman sedikit. Sejak-sejak akhir ini aku tidak dapat mengenal pasti apa yang aku cuba fikirkan.
Cakap kucing tetapi lembu juga yang digambarkan. Seru nama Cik Yipah, aku terbayangkan singa betina sedang menjamu 'gazelle'.

Ngeri!
Mungkin aku mencari hobi baru selepas insiden hati aku dikejar ke hospital
Tetapi tidak kesah apa-apa pun sebab dan penyebabnya, janji aku bahagia. Betul tak Ezzahternoda? Ezzah pun akan menjawab "koya lebih sangat ni"
Bagi aku 'life is about meeting people but your attitude towards the people will make the meeting different.
Yang sudah, sudahlah tu(percubaan ke-10 memujuk hati aku macam Cik Yipah memujuk aku kerana bertepuk tampar dengan anak jantan alien tunggal beliau)
Whatever it is life must goes on..
2 comments:
ezzah ternoda???
damn~~
biasalah tu, perkara yang lepas-lepas usah dikenang.
jadi marilah kita menyewa VIVA BIRU.Ngee~~
viva biru akan ku hubungi tetapi si viva biru yang lagi satu telah hubungi aku..keliru?aku lagi keliru
Post a Comment