Saturday, December 27, 2008

kembali..

aku sudah kembali

bukan kembali dari rahmatuallah
banyak lagi amal jariah belum di topup-topup kan

cuti aku penuh dengan kejutan
dan aku banyak melakukan kejutan kimia..botani..aerospace

biar betik

contohnya:

aku mula meminati dan melayan habis Oprah Show
sehingga aku selalu terlepas berita utama
maka dengan sukacitanya aku ingin memberitahu bahawa jangan tanya aku tentang gosip-gosip terhangat.

ye..aku masih katak dalam microwave

aku menolong kakak Cik Yipah mengasapkan dapur rumah
selama 2 minit
akhirnya diundi keluar dari dapur
kes telur ter extra vaganza minyak
salah kan minyak turun harga

biar betik

aku cuba masuk dalam buai budak bawah umur
(percayalah itulah yang aku cuba lakukan selama ini)
sekali lagi diundi keluar terus dari rumah
mungkin mereka cemburu pada aku.

banyak lagi kejutan tetapi aku tidak mahu berkongsi
demi menjaga air muka Cik Yipah dan En Chenol

Thursday, December 4, 2008

aku akan menjadi invisible woman


Petang ini aku akan pulang ke rumah sebelum menjejak kaki aku ke tanah air En. chenol.

Apa-apa pun aku akan cuba 'up date' blog ini lebih cepat dari kaki Cik Yipah ketika program kejar-mengejar aku. Tiba-tiba aku berasa sangat sayu dan hiba kerana aku sekali lagi akan menjadi katak di dalam microwave. aku lebih rela menjadi predator.

Biar betik.

aku akan merindui kamu semua. 20 hari di rumah menjanjikan perkerjaan tetap menternak lemak. Harap-harap aku dapat menghadapi cabaran dari bau masakan kakak Cik Yipah dan 'dendeng berlada' dari bibik En. Chenol.

Selamat maju jaya
Majulah betik demi buah-buahan tempatan

aku seekor katak di dalam microwave


aku menyedari sejak aku hidup dalam buangan-biar betik, aku semakin kurang mengetahui gosip-gosip terbaru di sekeliling aku.

Buktinya...

aku baru mengetahui bahawa kawan satu batch dengan aku sudah 2 tahun kahwin..tahniah diucapkan dan aku masih lambat lagi.

aku baru tahu Pak cik aku sedang nazak setelah 3 tahun terlantar.

Norman Hakim kena tangkap basah.

Jiran sebelah rumah aku ialah anak lelaki Prof aku di kuantan setelah setahun aku menjadi jiran-boleh aku jenguk-jenguk sebelah rumah beliau.

Arsenal menang dengan Chelsea selepas 3 hari perlawanan.

Dek ten patogen belajar di terengganu. Sudah 3 sem.

Zhang Yun sedang ambil kursus kahwin-what the tut.

Kucing aku sudah kembali kepada ibunya dan sedang menikmati makan malam bersama-sama di rumah setelah 3 bulan aku baru mengetahuinya(ini pun setelah dikhabar oleh jiran rumah sepupu yang aku tidak pernah bertegur sapa).

Dan banyak lagi yang ingin aku kongsikan tetapi semua masih belum aku cungkil lagi. Nanti aku merajinkan mulut aku bertanya khabar.

Apa-apa pun yang aku tahu ialah aku selalu merindui semua sahabat-sahabat aku tidak kira dimana mereka dicampakkan sekarang dan aku juga masih sangat rindu pada beliau si berkereta biru.




Tupai

Tersebut satu kisah ketika zaman 'High School Musical'

Ada seorang ihsan yang comel jika dibanding dengan predator telah TER 'Overslept' ketika waktu PREP.

Selalunya ihsan tersebut jarang dikantoikan kerana bagi dia tidak macho kalau kantoi. Itulah falsampah yang dipegang selama ini.

Tetapi pada suatu petang, sedang enak dia dinyanyikan dengan 'lullaby' bersama-sama dengan 'partner crime', tiba-tiba pintu biliknya diketuk bertalu-talu macam egen JAIS membuat edisi siasat.

Demi keselamatan dan menjaga nama baik mereka berdua, ihsan tersebut sudah membuat persediaan dengan mengunci bilik itu dan kuncinya disimpan. Tetapi apa yang membengapnya ialah mana mungkin warden itu tidak ada 'master key'

Maka bermula episod kantoi dikantoikan dan aktiviti soal dan jawab berlangsung dalam keadaan meriah.

Biar betik.

Dalam banyak-banyak dialog terdapat satu dialog yang sangat menarik perhatian.

Dialognya mungkin berbunyi begini:

Warden: tu lah 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah'

Ihsan yang comel jika dibanding dengan predator berasa sangat hairan.

Bila masa pula aku jadi tupai, akukan manusia, seorang rakyat biasa. biar betik warden ni. mungkin bagi beliau aku ini seekor tupai(what the tut)

Ihsan tersebut pun menjawab dengan muka 'confident'nya

Ihsan: lepas tu boleh lompat balik warden.

Kesimpulan dari dialog ini, ihsan tersebut di'offer'dengan penampar jawa tetapi kerana tidak mahu maka terpaksa mereka berdua menulis surat akuan janji.

Cik Yipah

Seperti tajuk di atas aku ingin mengosip perkara baik tentang Cik Yipah yakni bekas isteri En. Chenol.

Cik Yipah ini boleh diibarat singa yang menunggu gazelle(umpamaan bagi aku). Jika aku melakukan kesalahan mandotori aku akan dikejar keliling rumah dan akhirnya aku meminta perlindungan dari Hajah Rock, ibu kepada Cik Yipah. Tetapi itu ketika aku masih di zaman jahiliah a.k.a 'underage' dan mana mungkin aku boleh 'start engine' dan blah dari pandangan Cik Yipah seperti kebolehan aku sekarang.

Cik Yipah singa dan aku gazelle. Hanya tertakluk ketika aku melakukan kesalahan hukum kerusi elektrik sahaja.

Tetapi sebenarnya hati Cik Yipah sangat tabah dan cekal sehingga mempunyai kebolehan untuk menunduk serangan Bos beliau.

Mungkin 'office' itu sepatutnya bertukar dari 'Nama Bos beliau versus Cik Yipah.

Dari segi faktor fizikal, aku was-was sama ada beliau ialah anak Hajah Rock.

Hajah Rock dan arwah laki Hajah Rock gelap, berketurunan mamak dan kesemua hasil hubungan intim mereka gelap juga tetapi Cik Yipah berkuning langsat

Confuse.Biar betik

Anak angkat ke Cik Yipah ini. Perlukah aku buat 'DNA' test?

Jawapannya:tidak perlu kerana ibu Hajah Rock cerah. Mungkin gen beliau terkeluar dari saringan.

Berbalik pada Cik Yipah.

Ye, 'spot light' pada Cik Yipah sahaja.

Beliau sangat mementingkan pretasi pelajaran cuma entah kenapa beliau sangat berlemah-lembut dengan anak betina bakal alien.
Aku cumburu, biar betik.
Pernah juga report book aku dan anak jantan alien tunggal berterbangan dari tingkap rumah. Aku sangat membenci berkeadaan begitu.

Selepas keluar dari kepompong zaman jahiliah baru aku mengerti betapa besar dan panjang dari cacing pita dalam perut anak betina bakal alien jasa-jasa beliau.

Aku mengerti dan sudah banyak kesilapan aku lakukan pada beliau.
Sebelum terlambat baik aku memohon kemaafan. Tidak perlu hari ibu, hari wanita sedunia, hari wanita monopouse dan hari ibu beranak alien untuk ucapkan betapa aku menhargai jasa-jasa beliau.

Terima kasih untuk segalanya mama!

Hubungan aku dengan air sejuk 2

Tahukah anda

Terdapat perbezaan antara air sejuk dan air panas dari sudut pandangan aku di luar konteks kesihatan.

Pertama,
Air sejuk itu sejuk dan air panas itu panas (anak kucing jiran aku pun faham)

Kedua,
Dari segi ejaan bahasa melayu dan bahasa inggeris (anak betina bakal alien En. Chenol mungkin mengerti, itupun kalau beliau tidak khayal dengan 'Shaun the Sheep')

Ketiga,
Aku akan menyanyi perlahan dengan penuh keasyikan macam berbisik tentang gosip terbaru dari pilihan lagu berentak 'slow motion' atau dalam erti kata lain berjiwang besi karat. Lebih kurang bunyi macam 'doktor pelatih' di chow kit yang sedang 'high' tetapi menguji vokal aku yang kurang lazat didengari.

Keempat,
Seperti sebab ketiga tetapi versi menyanyi ketika mandi air sejuk. Aku akan menyanyi dengan cepat dari lagu berhalaju tinggi oleh penyanyi asal yang mungkin dikejar anjing 'PMS' ketika itu.

Biar betik. Anjing pun boleh 'PMS'.

Apa yang tiada bezanya ialah bukan aku yang membayar bil kepada along SYABAS. Mungkin kalau aku yang mengeluarkan 'kaching' aku tidak akan merungut dan membuat dajal dengan air sejuk.

Kesian air sejuk

Tetapi tidak mengapa

Kamu masih diminati oleh manusia dan flora dan fauna yang lain.

Dan kamu juga ciptaan tuhan.

Hubungan aku dengan air sejuk 1

Aku sudah lama mengenali air sejuk sejak dalam perut Cik Yipah lagi. Dengar kata beliau suka minum air sejuk semasa 'carry' aku dalam perut beliau tetapi kenapa aku anti sangat dengan air sejuk sekarang ini?

Entah..

Mungkin salah En. Chenol(Bukan nama sebenar dan tiada isu skandal antara Cik Yipah dengan ayah Cipet) sebab sudah membuat aku terbiasa mandi dengan air panas. Balik sahaja rumah En. Chenol mesti tangan aku gatal hendak 'switch on' plug air panas. Macam sudah ketagih pula. Orang lain ketagih pil kuda aku ketagih mandi air panas

Biar betik

Bukan kemahuan aku untuk membuka pekung tentang hubungan dingin aku dengan air sejuk. Faham-faham sahaja lah keadaan Shah Alam sejak akhir ini. Terasa macam aku duduk di kutub utara dan hasilnya aku berhibernasi selama 24 jam menyamai rekod pembukaan restoran mamak.

Kalaulah sekarang ini waktu aku mahu pergi kelas, mungkin aku terpaksa membuat keputusan untuk menelefon mana-mana pihak terlibat untuk tandatangan(selepas bangun baru menyesal tidak pergi).

Capai towel sambil bertawakal sebelum menuju ke medan bilik air.

Gush..gush(aku kurang kepastian bunyi simbah air bagaimana-biar betik)

Hasilnya: aku mengigil tahap 9.8 skala ritcher!dan menyambung balik misi tidur.

Perlukan aku untuk menhadapi saat genting ini setiap ari?

Mungkin kerana aku perlu mandi.


aku dan aku

Apabila manusia lain ada myspace aku pun hendak buat juga. Apabila mereka ada friendster aku pun terpengaruh. Cemburu separuh butakah aku ini? Kemudian aku sibuk mewujudkan 'YM' apabila mereka mula berkaki sosial di 'YM'

Biar betik

Dan apabila segugus moden 'Homo sapiens" memiliki blog, aku mula merasa kepingan untuk memeriahkan keadaan. Dengan pantas jari jemari menekan 'keyboard' dan mula mengarang sampai satu tahap aku sudah kehabisan idea.

Cis, padahal baru berapa patah perkataan aku menaip.

Entah aku tidak tahu kenapa aku berubah hati, perasaan, pakreas dan sewaktu dengannya. Padahal aku sangat membenci kerja-kerja mengarang.

Ini adalah sesuatu di luar lingkungan kebiasaan aku.

Ada satu perasaan mengatakan aku sudah kurang siuman sedikit. Sejak-sejak akhir ini aku tidak dapat mengenal pasti apa yang aku cuba fikirkan.
Cakap kucing tetapi lembu juga yang digambarkan. Seru nama Cik Yipah, aku terbayangkan singa betina sedang menjamu 'gazelle'.

Ngeri!

Mungkin aku mencari hobi baru selepas insiden hati aku dikejar ke hospital
Tetapi tidak kesah apa-apa pun sebab dan penyebabnya, janji aku bahagia. Betul tak Ezzahternoda? Ezzah pun akan menjawab "koya lebih sangat ni"

Bagi aku 'life is about meeting people but your attitude towards the people will make the meeting different.

Yang sudah, sudahlah tu(percubaan ke-10 memujuk hati aku macam Cik Yipah memujuk aku kerana bertepuk tampar dengan anak jantan alien tunggal beliau)

Whatever it is life must goes on..