Thursday, December 4, 2008

Cik Yipah

Seperti tajuk di atas aku ingin mengosip perkara baik tentang Cik Yipah yakni bekas isteri En. Chenol.

Cik Yipah ini boleh diibarat singa yang menunggu gazelle(umpamaan bagi aku). Jika aku melakukan kesalahan mandotori aku akan dikejar keliling rumah dan akhirnya aku meminta perlindungan dari Hajah Rock, ibu kepada Cik Yipah. Tetapi itu ketika aku masih di zaman jahiliah a.k.a 'underage' dan mana mungkin aku boleh 'start engine' dan blah dari pandangan Cik Yipah seperti kebolehan aku sekarang.

Cik Yipah singa dan aku gazelle. Hanya tertakluk ketika aku melakukan kesalahan hukum kerusi elektrik sahaja.

Tetapi sebenarnya hati Cik Yipah sangat tabah dan cekal sehingga mempunyai kebolehan untuk menunduk serangan Bos beliau.

Mungkin 'office' itu sepatutnya bertukar dari 'Nama Bos beliau versus Cik Yipah.

Dari segi faktor fizikal, aku was-was sama ada beliau ialah anak Hajah Rock.

Hajah Rock dan arwah laki Hajah Rock gelap, berketurunan mamak dan kesemua hasil hubungan intim mereka gelap juga tetapi Cik Yipah berkuning langsat

Confuse.Biar betik

Anak angkat ke Cik Yipah ini. Perlukah aku buat 'DNA' test?

Jawapannya:tidak perlu kerana ibu Hajah Rock cerah. Mungkin gen beliau terkeluar dari saringan.

Berbalik pada Cik Yipah.

Ye, 'spot light' pada Cik Yipah sahaja.

Beliau sangat mementingkan pretasi pelajaran cuma entah kenapa beliau sangat berlemah-lembut dengan anak betina bakal alien.
Aku cumburu, biar betik.
Pernah juga report book aku dan anak jantan alien tunggal berterbangan dari tingkap rumah. Aku sangat membenci berkeadaan begitu.

Selepas keluar dari kepompong zaman jahiliah baru aku mengerti betapa besar dan panjang dari cacing pita dalam perut anak betina bakal alien jasa-jasa beliau.

Aku mengerti dan sudah banyak kesilapan aku lakukan pada beliau.
Sebelum terlambat baik aku memohon kemaafan. Tidak perlu hari ibu, hari wanita sedunia, hari wanita monopouse dan hari ibu beranak alien untuk ucapkan betapa aku menhargai jasa-jasa beliau.

Terima kasih untuk segalanya mama!

No comments: