Idola? apa itu idola? adakah ada kena mengena dengan kaum kerabat bola?atau kawan baik kepada Dolah. Atau sejenis benda berbentuk seperti biola.
biar betik aku ini
Takkan aku sangat bodoh dan jahil yang teramat sangat sehingga tidak tahu langsung. Teramat marah En Chenol jika beliau tahu anak buluh betung(betul kah ejaan aku?peduli apa..aku sudah malas hendak melayan) ini bodoh sungguh.
Iya, aku tahu sebenarnya maksud idola itu apa..
aku tidak akan sia-sia usaha cikgu bahasa aku.
berbalik pada idola. aku ingin memaklumkan bahawa aku mempunyai ramai idola..tidak salah kan? kerana bagi aku tiada manusia yang sempurna dan aku mengkagumi kekuatan mereka ini. keburukan kita ketepi kan. ambil sahaja kekuatan mereka sebagai ikutan. idola- idola ini hanya merangkumi keluarga aku sahaja. bukan aku bermaksud untuk berbangga- bangga tetapi biar kali ini aku hanya memberi perhargaan pada mereka ini.
calon-calon idola aku ialah:
1) cik yipah- mempunyai kekuatan untuk bercakap tanpa henti dan boleh berlarutan sehingga berbulan-bulan. Sungguh dasyat penangan beliau tetapi apa yang beliau katakan tidak pernah lari dari konsep nasihat kepada aku..kasih beliau tidak pernah mati dan nasihat beliau bukti kasih beliau.
2) En chenol-kebolehan berbalah tanpa kalah dan tidak akan mengaku kalah walaupun beliau sebenarnya salah..hendak 'cover' malu lah tu. Tetapi apa aku kagumi ialah kebolehan yang tidak mengaku kalah itu masih terselit perasaan mahu mendengar hujah aku yang senantiasa mengarut tanpa melenting atau mula menari dengan gerak tari pahlawan dan akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak material aku.
3) Mak su- alihan suara drastik dari lagu- lagu berunsur jiwang kepada lagu-lagu heavy mental apabila memarahi anak-anak beliau sangat sukar ditandingi. Cik yipah pun tidak mampu berbuat begitu. Tetapi kewujudan suara-suara ini tidak dapat menandingi kecekalan beliau melawan keperitan dan kesakitan kanser yang dihadapi beliau. aku sungguh berbangga pada beliau kerana aku tidak mungkin mempunyai kecekalan sehebat beliau( aku menjadik minah tergedik-gedik secara automatik apabila diserang penyakit)
Setakat ini sahaja aku memberi anugerah kepada 'Top 3' idola aku..tetapi masih ada lagi idola-idola aku di luar sana....
2 comments:
ler, bkn ker aku ni idola ko gak.. he he..:P
kalau hang ialah idola aku..tak mungkin aku boleh hidup sampai sakarang.hehe
Post a Comment