Saturday, March 21, 2009

Impak maksima dari paparan idolaku

Impak atau kesan atau luka atau bekas atau hasil atau atau atau sekumpulan dengannya, telah tertimbul(bb=biar betik) setelah aku memaparkan kisah idola di kalangan habitat aku(sila rujuk post di bawah). Impak ini sengaja ditimbul-timbulkan dan digolek-golekan ke arah aku oleh ihsan yang terasa kecewa, kecik hati kerana tidak disenaraikan dalam 'Top 3 idola aku'.

Sudah berbuih-buih (macam anak jantan tunggal alien kene sepak terajang dengan apek dalam mimpi) mulut aku menjawab pertanyaan yang bertali arus dari ihsan-ihsan yang kecik sangat hati mereka. Mereka ini boleh terbahagi dalam 4 golongan. Contoh-contoh di bawah:

ihsan 1:apek nape nama aku tak ada?(jenis buat-buat tanya atau kes talam 10 muka)
ihsan 2: apek, aku bukan idola engkau ke?(jenis perasan terlebih cemerlang, gemilang dan terbilang)
ihsan 3: apek, aku tak kira aku nak engkau bubuh nama aku juga.( jenis gila kuasa)
ihsan 4:apek, sampai hati engkau tak bubuh nama aku...(jenis 'fishing' simpati)

Oleh kerana sedemikianlah(menjaga hati dan perasaan) aku terpaksa menafundi senarai nama calon-calon idola untuk diserap dan disedut masuk kedalam 'finalist' akan datang.

Tetapi kalau terlampau ramai yang menyesakkan sehingga kekurangan oksigen seperti keadaan komuter dari bank negara ke kajang pada pukul 8 ke atas yang dinaiki oleh apek pada hari semalam, maka aku dengan dukacita ingin memaklumkan perhargaan tetap diberikan untuk semua yang lain(ini termasuk zhang hyun-nama apa entah minah ini bubuh).

maka dengan ini,

terima kasih kepada calon-calon idola yang tak disenarai tetapi dengil nak mampuih hendak masuk juga dalam senarai lepas. terima kasih sekali lagi..

p/s: pak usu jangan anda bersusah hati kerana apek bukan sahaja hanya mengagumi isteri kesayangan anda tetapi diri anda juga!!!!

No comments: