Sunday, January 4, 2009

Tahun yang berangka 2009


aku rasa macam tidak menarik kalau aku bubuh tajuk aku tahun baru atau 2009 atau tahun baru sudah menjelma..aku mahu kelainan. Sama tetapi tidak serupa. Argh! peduli apa aku nak bubuh tajuk apa. ini blog kepunyaan aku. aku diktator!

Sebenarnya aku sudah semakin hari semakin kurang idea. Mungkin tiada peristiwa aneh dan 'histeria' berlaku. Jika ada pun, aku masih kedekut untuk menceritakan. Biar ia menjadi rahsia..Aiskh macam pernah ku dengar ungkapan itu. Klise.

Berbalik kepada cerita histeria, aku ingin memaklumkan bahawa aku sudah menontonnya. Akhirnya aku terasa untuk memiliki satu. Alangkah bagusnya kalau jembalang itu menyerupai Johnny Depp ke, Orlando Bloom ke, Keanu Reeves ke. Boleh aku jadikan sebagai peneman tidurku.

biar betik. aku masih waras untuk tidak melakukannya.

Sempena awal muharam dan kemelesatan ekonomi aku hanya menyambut ala kadar. Tidak menyambut pun tidak mengapa cuma aku mahu kelainan pada tahun ini. Hanya bersama-sama dengan bekas kawan-kawan jenayah kecilku. Sangat seronok dan kini aku merindui mereka.
Terima kasih kawan-kawanku kerana aku sangat memerlukan kamu ketika di saat 'histeria' ini. aku tidak kisah jika bilik aku menjadi hotel persingahan sekali lagi. Lain kali aku 'charge' ye.

Apa-apa pun aku berharap aku dapat melalui tahun ini dengan cemerlang, gemilang dan terbilang walaupun 'result' aku memberi virus kepada mata Cik Yipah untuk melihat.

Ye, aku belum menyebar virus itu kepada En Chenol. Beliau masih tidak tahu menahu dan jangan lah kamu bertindak macam mami jarum. You mess with me, you die like rest.

Selamat menyambut deepavali dan Gong Xi Fa Chai..(aku sedang gelak ni)

2 comments:

ezzashinoda said...

predator yang kemaruk menukar kaler~~

Apek said...

rambut telah bertukar menjadi merah(versi power rangers hendak salin kulit)..agak-agak pak guard hendak tiru 'kaler' macam aku tak?