Aku sedang berada di seks 17(seks=seksyen;jangan lah kamu fikir yang bukan-bukan) redup...mungkin hujan ribut..kilat tembak-menembak..halilintar main kerat-kerat bumi sebentar lagi..dan langsir kat tingkap ini memang betul-betul menguji kesabaran aku...bila ikat mesti sekejap lagi tercabut..mengerbang ke arah muka aku yang sudah cukup sampah sekarang...ada gak jap lagi aku jirus petrol kat langsir ni..aku nak tengok monitor komputer aku bukan kau wahai langsir yang durjana..baiklah sampai di sini perbalahan aku dengan langsir bilik..sambung balik kepada isu-isu yang ingin diutarakan(pergh! ayat aku sungguh beradab untuk aku yang 100% tak beradab)..bodoh punya langsir...
Begini sebenarnya..aku sudah nyawa-nyawa ikan kebohsanan..aku tengok dinding bilik..aku tengok lantai bilik...aku berguling ke utara selatan, tenggara, barat daya, timur barat dan sewaktu dengannya..aku lari pergi bilik belakang..bikin sepah..main roundabout kat depan bilik air...buat ala-ala titanic kat beranda..aku berfutsal dengan kertas kat ruang tamu..tengok buku-buku yang berilmiah dengan penuh tak ada perasaan..pergi jalan-jalan cari kucing jiran rumah..sebagai mangsa itipan aku..bukan apa aku sekali sekala nak berlagak jadi detektif termasyur..macam dah tak ada kerja yang lagi masyuk..(habis tu..kau fikir apa?aku dah bosan ni..)
bosan yang teramat sangat..mungkin kalau 'James Franco' tumpang lalu depan blok aku..aku akan menjadi seronok sedikit..cuci mata free babe!(in your dream nadia hasnol)...oh tolong aku yang tenat dengan virus bohsan ni..dan kenapa dan kenapa kenapa kenapa...aku masih terpacak kat dalam rumah sewa aku pada hari ahad yang sungguh suci murni ini...apa yang aku buat di shah alam a.k.a bandar mati selepas jengka..esok dan lusa bukan ada kelas pun..sungguh aku tak paham..hati aku dah kat rumah...aku mahu pulangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....aku mahu berjumpa dengan kekaseh cerah aku atau nama kejar glamer beliau en hasnol..oh sumpah aku tak paham...
P/s:seronok teringat cerita ezza shinoda yang koya nature lover tu..Go Girl!!!
No comments:
Post a Comment