Wednesday, August 11, 2010

Nilai Murni Dari Majalah Ujang

aku malas nak cakap banyak tapi aku rasa aku dah jadi terlebih unik...

aku belajar sesuatu dari lawak majalah Ujang yang agak kurang lawak sejak-sejak akhir ni...

"Sabar Kerana Allah"
"Sabar Dengan Allah"

okey you got the point..aku bukan seorang ustazah atau setaraf dengannya..ilmu aku masih singkat...sesingkat skirt luna maya...tapi tak salahkan aku cakap pasal benda yang baik dan terpuji...sekali-sekala aku teringin nak jadi manusia yang berguna sehingga Cik Yipah dan En Chenol pukul kompang, gendang, rebana ubi canang keliling kampung sebab bangga ada anak macam aku...hahahaha..mustahil tu

apa yang aku nak membebel kat sini ialah aku berjaya mengguna tag yang penuh keimanan ni dengan jayanya...buktinya...aku tabah melayan kegedikan diri sendiri semasa aku diserang demam chipsmore..salahkan si shinoda kerana beliau seperti selalunya menjadi suspek utama dalam penyebaran virus kat aku..alah kata aku ngan beliau ialah pasangan sehati sejiwa..mesti lah kalau 'u jump i jump u demam i demam'..ouuuuuu..sweetnya kami...biar betik..
kedua: masalah internal security act kat dalam rumah En Chenol...aku menepuk dada aku banyak-banyak kali sambil menyakinkan diri..itu hanyalah macam ujian JPJ..3 kali baru lulus....
ketiga: melayan karenah-karenah manusia yang berbagai rupa...loserrrrrrrrrrrrrr!!!!!!opps!aku dah berjanji aku akan menjadi lebih bertemadun dalam hal ini...lantak kau lah...semua benda pasal masalah kau ngan dia..nak salahkan 100% kat aku...cubalah jangan jadi naive sangat..get a life!sabo..sabo...sabo anak hasnol...ingat tuhan..okey berjaya menenangkan diri...
keempat: semua benda yang aku benci untuk difikirkan muncul dengan hebatnya..assignment..expectation..love life..contaminated message..aiya...used to bikin me panas..tapi sekali lagi..tag yang penuh kudus itu berjaya mematahkan perasaan durjana..hohoho..sesungguhnya aku hanyalah manusia kerdil..aku belajar dan aku masih berjuang...


nota kaki: kalau aku dah suka memerli tu..maknanya aku tak suka bincang pasal topik itu..paham-paham jelah aku yang tidak pandai 'straight to da ampang point' aku suka belok-belok..sorry thatz who I am..Ya Allah...sabar itu memang sebahagian dari iman..

No comments: