Friday, January 7, 2011

penipuan nujum pak belalang?

awas!cerita ini memang tak best langsung...
tersebut satu al-kisah..nujum pak belalang yg suka menipu isterinya si nujum mak kupu-kupu..(pergh nama tak glamer langsung lah)

maka nujum mak kupu-kupu pun tidak tahan dengan perangai pak nujum maka beliau membuat keputusan untuk blah dari pandangan pak nujum..kepercayaan serta merta ghaib macam selipar cantek kat masjid..bagi beliau untuk apa bersama kalau  perkara paling asas tiada..bak kata muthu, elek kosong..

tetapi pak nujum tidak langsung mahu kehilangan nujum mak kupu-kupu..berusaha dengan gigih si pak nujum..akhirnya beliau berjaya..mak nujum kira-kira macam dh kena sihir ngan pak nujum lalu menerima beliau balik..mungkin bagi firasat pak nujum, mak nujum memaafkannya kerana atas dasar sayang yg tak berbelah bagi..tetapi apa yang pak nujum tidak tahu..kepedihan hati yang menusuk sangat-sangat dirasai oleh mak nujum selepas penerimaan pak nujum..seboleh-boleh mak nujum tepis perasan beliau yg semakin tawar macam ikan air tawar..

apa yang mak nujum rasa sekarang adalah lain dari sebelumnya..dunia tak seindah dahulu..mana mungkin perkara akan jadi seperti dahulu..mana mungkin..mak nujum sangat kecewa macam kekecewaan tengok kepala botak rooney..dan pak nujum tidak tahu bahawa semua kebahagian yang ditunjuk oleh mak nujum adalah 0.1% tulen..hanya kerinduan sahaja yg benar..setiap kali habis bertentang serampang dua mata atau main calling2(perlu diingat versi cerita dah diolah untuk memenuhi arus kemodenan-hahah).mak nujum akan merenung diam..memikirkan tentang impak penipuan p.nujum..menarik nafas yang tak berapa lega kerana berjaya membuatkan p.nujum percaya bahawa m.nujum bahagia seperti dahulu..sedaya upaya mereka cerita agar hati p.nujum terhibur tetapi kadang kala m.nujum gagal mengawal emosi..mak nujum pon nak emo gak..

mak nujum tahu makin lama perasaan impak penipuan bonus berganda dari p.nujum makin membakar diri..dan mak nujum percaya suatu hari nanti mak nujum terpaksa curi-curi membawa diri...mak nujum hanya mampu cuba memujuk p.nujum menghabis masa dengan beliau lebih dari yang dahulu..kalau boleh masa untuk berborak dipanjangkan(biasalah mak nujum memang suka bergosip sedikit)..tetapi sebab yang sebetulnya
bagi mak nujum..
mungkin perbualan malam itu bersama pak nujum adalah perbualan terakhir..

No comments: